Wednesday 19 December 2012

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (KSSR)

Asas 3M Tahun Satu (Masalah Pembelajaran)

  • KSSR dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • KSSR bersifat holistik iaitu dalam erti kata lain tidak terlalu berunsurkan akademik dan tidak begitu membebankan pelajar.
  • KSSR dibentuk secara fleksibel. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas, 1997) mengatakan bahawa guru-guru boleh mengubahsuai kaedah / teknik pengajaran dan pembelajaran, masa aktiviti, susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai objektif dan matlamat Pendidikan Khas.
  • KSSR dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 
  • Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan yang berkualiti secara optimum untuk murid-murid bermasalah pembelajaran agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta pandai berdikari dan berjaya dalam kehidupan sejagat.

Matlamat KSSR

Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang  dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.


Kurikulum Modular Berasaskan Standard

KSSR Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyatan Standard Kandungan Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang perlu diketahui oleh murid dan perkara yang boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria / indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.


Fokus Mata Pelajaran ; Mata Pelajaran : Asas 3M

Komponen Bahasa Melayu
Komponen Bahasa Inggeris
Komponen Matematik


Saturday 1 December 2012

Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah Pendidikan Khas merupakan sekolah-sekolah yang mempunyai kelas murid khas dan ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Senarai Sekolah Pendidikan Khas (SPK) :

  • Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK)
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV)

Siapa yang boleh mendaftar di Sekolah Pendidikan Khas (SPK)???

  • Murid bermasalah pembelajaran
  • Murid bermasalah pendengaran
  • Murid bermasalah penglihatan

Tempoh pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas :

  • Sekolah rendah : minimum 6 tahun
  • Sekolah menengah : minimum 6 tahun
  • Tempoh ini boleh dilanjutkan sehingga 2 tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sekolah rendah dan menengah mengikut keperluan murid

Sejarah Pendidikan Khas

Malaysia....


1926
Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di
Melaka
1931
Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau
Pinang
1948
Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth
dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di
Johor Bahru
1953
Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh
(JKM)
1954
Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan
Menengah) di Pulau Pinang
1958
Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)
1962
Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah
Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah
1963
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas
1977
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa
Melayu
1978
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya
penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu
Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam
pelajaranpenggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu
Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam
pelajaran
1979
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan
1983
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran
1984
Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille,
Kementerian Pendidikan
1987
Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional,
Shah Alam
1988
Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran
1994
Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah
1995
Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan