Wednesday 19 December 2012

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (KSSR)

Asas 3M Tahun Satu (Masalah Pembelajaran)

  • KSSR dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • KSSR bersifat holistik iaitu dalam erti kata lain tidak terlalu berunsurkan akademik dan tidak begitu membebankan pelajar.
  • KSSR dibentuk secara fleksibel. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas, 1997) mengatakan bahawa guru-guru boleh mengubahsuai kaedah / teknik pengajaran dan pembelajaran, masa aktiviti, susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai objektif dan matlamat Pendidikan Khas.
  • KSSR dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 
  • Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan yang berkualiti secara optimum untuk murid-murid bermasalah pembelajaran agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta pandai berdikari dan berjaya dalam kehidupan sejagat.

Matlamat KSSR

Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang  dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.


Kurikulum Modular Berasaskan Standard

KSSR Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyatan Standard Kandungan Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang perlu diketahui oleh murid dan perkara yang boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria / indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.


Fokus Mata Pelajaran ; Mata Pelajaran : Asas 3M

Komponen Bahasa Melayu
Komponen Bahasa Inggeris
Komponen Matematik


No comments:

Post a Comment