Kulit Buku

Assalamualaikum semua...

Ok..bertemu kita semua lagi dalam ruangan 'page' kulit buku pula. Kulit buku juga merupakan antara tugasan yang perlu diselesaikan oleh setiap pelajar yang mengambil kursus GE2153 Teknologi Pendidikan di UKM. Pembentukan kulit buku ini adalah tugasan yang agak menyeronokkan dan menarik bagi saya. Perisian Photoscape merupakan titik tolak bermulanya penciptaan kulit buku saya ini. Saya meluangkan masa selama satu hari untuk menyiapkan kulit buku ini. Setelah puas mengedit-edit, akhirnya selesai juga.
Hasilnya.......cuba la lihat di bawah nie....simple mimple sahaja.....Hehee...




Tajuk kulit buku yang saya hasilkan ialah "Meniti Segunung Kejayaan" berbentuk siri motivasi. Buku ini ditujukan kepada setiap individu yang ingin mengecapi kejayaan dalam kehidupan. Tidak dapat dinafikan bahawa semua manusia di dunia ini mengimpikan sebuah kejayaan. Jadi, buku ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk menimba kejayaan tersebut. Terbitan Dewan Bahasa Fajar. Berharga RM15.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM17.90 (Sabah & Sarawak).

** Pinjam nama "Dewan Bahasa Fajar" sekejap ye**

No comments:

Post a Comment