Assalamualaikum semua...
Pada kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang model 3D untuk Alat Bantu Mengajar (ABM) yang telah saya hasilkan. Pada permulaannya, saya agak kelam kabut sedikit kerana tidak mempunyai sebarang idea berkenaan model 3D ini. Tetapi, "fikir punya fikir punya fikir", muncul la satu idea secara tidak sengaja. Hehehe.. Terlintas di fikiran saya untuk menghasilkan model 3D berbentuk peti harta karun. Peti harta karun yang saya hasilkan ini berfungsi dalam pengajaran subjek Matematik untuk tajuk Mata Wang. Sasaran pelajar adalah pelajar sekolah rendah bermasalah pembelajaran tahap 1 dan 2.
Bahan-bahan yang digunakan :
- Kotak
- Surat khabar
- Gunting
- Spray berwarna keemasan
- Plasticine (tanah liat)
- Strip
- Gam
- Double gam
Inilah hasil model 3D yang saya buat....simple sahaja...hehehe...:-D
P/S :: Seribu penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kawan searas a.k.a 'coursemate' saya ---> Nur Fatin Khalida kerana sudi untuk memberikan beberapa idea penambahbaikan berkaitan model 3D ini.. :-)
No comments:
Post a Comment