Pendidikan Khas merupakan program yang dirancang
secara khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak kanak-kanak atau
murid-murid khas yang berkelainan upaya. Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas pula menggunakan teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan kanak-kanak khas iaitu berbeza dengan proses p&p kanak-kanak tipikal di aliran perdana. Ini termasuklah menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran kanak-kanak khas.
Hallahan dan Kauffman (2006) :
Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
Gargiulo (2003) :
Pendidikan Khas merupakan program pengajaran yang khusus dan direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. ia berkemungkinan memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Friend (2005) :
Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, rumah, hospital atau institut lain.
Mansor (2005) :
Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
No comments:
Post a Comment