Monday 26 November 2012

Jom Kenali Kanak-kanak Berkeperluan Khas...



Siapakah yang dikategorikan sebagai murid-murid berkeperluan khas?? Siapakah pula yang memerlukan pendidikan khas?? Terdapat beberapa masalah yang boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang mengalami keperluan khas iaitu :
  • Masalah kecacatan fizikal
  • Masalah pembelajaran
  • Masalah penglihatan
  • Masalah pendengaran
  • Masalah pertuturan
  • Masalah tingkah laku
  • Lembam (slow learner)
  • Kerencatan akal
  • Autisme
  • Sindrom down
  • Pintar cerdas dan berbakat
  • Disleksia
  • Attention deficit hyperactive disorders (ADD/ADHD)

Masalah Kecacatan fizikal
  • Masalah kecacatan fizikal merupakan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan yang memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti kerusi roda. 
  • Masalah ini juga merupakan ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.
  • Antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah palsi serebral, spina bifida, epilepsi, asma, muscular dystrophy, limb defeciencies, diabetes dan leukimia.

Masalah Pembelajaran
  • Masalah pembelajaran boleh didefinisikan sebagai masalah dalam proses asas psikologi yang melibatkan pemahaman dan penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi menyebabkan ketidaksempurnaan dalam kemahiran untuk berfikir, mendengar, bertutur dan membaca. (IDEA, 1997)
  • Masalah pembelajaran juga diandaikan sebagai masalah neurologi.
  • Antara masalah yang dkaitkan dengan masalah pembelajaran ialah masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberikan perhatian dan hiperaktif.

Masalah Penglihatan
  • Masalah penglihatan merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan sekiranya kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat dirawat dan boleh mengganggu proses pembelajaran.
  • Kanak-kanak ini mempunyai penglihatan yang terbatas atau boleh juga dikatakan sebagai buta.
  • Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada pada tahap 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.
  • Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

Masalah Pendengaran
  • Masalah pendengaran boleh didefinisikan sebagai kebolehan kanak-kanak untuk menggunakan deria pendengarannya.
  • Definisi ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pekak dan separa pekak.
  • Pekak ialah apabila kanak-kanak tersebut memiliki deria pendengaran yang tidak berfungsi langsung.
  • Separa pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria pendengaran yang rosak tetapi masih boleh berfungsi dengan bantuan alat pendengaran ataupun mana-mana kaedah bantuan lain yang bersesuaian.
  • Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran untuk mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.

Masalah Pertuturan
  • Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada 4 jenis iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara dan masalah bahasa (aphasia).
  • Masalah sebutan - kecenderungan untuk meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan (cth : saya ---> caya).
  • Gagap - gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu melalui cara mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan.
  • Masalah suara - kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, bernada tinggi / rendah atau nada yang sama / tidak berubah.
  • Masalah bahasa - berkaitan dengan sistem saraf pusat. Masalah ini mengganggu kefahaman dan penggunaan perkataan. 

Masalah Tingkah Laku
  • Masalah tingkah laku yang dimaksudkan ialah agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, tingkah laku sosial yang tidak diterima oleh masyarakat, hiperaktif, bermasalah pembelajaran dan kebimbangan.
  • Boleh dikategorikan sebagai tingkah laku dalaman (kebimbangan, takut, rendah diri, malu, sedih) dan tingkah laku luaran (agresif, argumentatif, sukar mengawal diri, mencuri).

Lembam (Slow Learner)
  • Kanak-kanak lembam ini mempunyai perkembangan yang agak lambat sejak berada di peringkat bayi. Bayi lambat senyum dan lambat bertindak balas terhadap bunyi / suara.
  • Kanak-kanak ini sukar untuk memberikan tumpuan dan perhatian terhadap proses p&p.
  • Pada kebiasaannya, kanak-kanak lembam tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru yang menggunakan kaedah biasa.

Kerencatan Akal
  • Kerencatan akal merupakan satu ketidakupayaan dalam fungsi intelek dan tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang terhad. (Persatuan Kerencatan Akal Amerika, AAMR)
  • Mempunyai IQ yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90.
  • Ciri-ciri kerencatan akal :
    • Kurang koordinasi motor 
    • Kesukaran menumpukan perhatian
    • Kemahiran membaca dan bahasa  yang lemah
    • Kesukaran mengapilkasikan sesuatu yang baru
    • Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan
    • Kesukaran menerima arahan
    • Menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan

Autisme
  • Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang sukar untuk dipulihkan.
  • Ciri-ciri kanak-kanak Autisme :
    • Menghadapi masalah komunikasi
    • Mempunyai tabiat yang tidak suka bertentang mata
    • Tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi
    • Lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang

Sindrom Down
  • Sindrom down berpunca daripada masalah kromosom yang berlebihan.
  • Kanak-kanak ini mempunyai tahap IQ yang rendah iaitu antara 30 hingga 80.
  • Ciri-ciri sindrom down :
    • Mulut terbuka atau tidak tertutup rapat
    • Lidah tang tebal, kasar dan pendek 
    • Mata sentiasa berair dan merah
    • Mata sepet dan bentuk muka kecil
    • Berbadan gempal dan pendek
    • Suka bermanja dan bermain
    • Dapat bergaul dengan baik
    • Cenderung mengalami masalah pernafasan
    • Sukar untuk makan
    • Lemah dalam koordiansi mata dan otot

Pintar Cerdas dan Berbakat
  • Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat merupakan kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan yang melebihi 120.
  • Terdiri daripada 3 golongan iaitu : 
    • Intelek yang tinggi
    • Bakat mencipta
    • Berbakat khas dalam seni lukis, penulisan, drama, muzik dll
  • Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat :
    • Mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi
    • Mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat dan ketara
    • Mempunyai potensi kreativiti dan sensitiviti
    • Menunjukkan motivasi yang kuat
    • Mempunyai perasaan afektif yang tinggi

No comments:

Post a Comment